assalamualaikum.
hai, kawan-kawan.
apa khabar semua? (oh. saya berasa sangat janggal menulis dalam bahasa ibunda di belog ini T_T")
eh eh.. kamu tidak tersalah belog. ya, ini masih lagi belog syahirasyahira[dot]blogspot[dot]com
pertama sekali saya mohon maaf jika entri ini sedikit pelik. ini entri pertama saya menggunakan bahasa ibunda.
oh, sebenarnya saya sedang menyiapkan tag yang memerlukan saya menulis dalam bahasa ibunda.
arahan tag ialah tiru dan tampal sepuluh soalan ke dalam entri anda.. amaran keras, tag perlu disiapkan menggunakan bahasa ibunda ok..
dan lagi, tajuk ialah 'sepuluh' tapi saya sengaja tambah supaya nampak lain sikit.
ok, saya cuba jawab tag ini..
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
sama seperti yang anda baca di sini.
[#2] Siapakah diri anda di samping rakan?
penggemar pink. skaf, baju, beg, kasut dan apa saja mesti berwarna pink!
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
pertama- memilik si gebu ini.
kedua- saya mahu kamera ini!
ketiga- melukis sebagai hobi. kali terakhir saya giat melukis pada tahun 2002.
keempat- bayi yang comel macam ni boleh tak?
kelima- kembali ke masa lalu.
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
kapten ahmad fauzan sharif.
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
pertama- dia ialah ahmad fauzan sharif. ahmad fauzan sharif yang saya kenali ada sebuah keluarga yang sangat sempurna, datang dari golongan yang baik-baik dan paling penting orang tua saya sangat menyenangi dia dan keluarganya.
kedua- dia ialah sahabat baik dan abang angkat saya. saya senang berkongsi cerita dengan dia. ok tipu, saya lebih banyak bercerita daripada dia. dia lebih suka mendengar dan kadang kala memberi pandangan peribadinya.
ketiga- dia tahu menghargai saya sebagai kekasihnya. *merah padam pipi saya. kamu tahu, kami baru mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dan dalam masa dua bulan dia telah memperkenalkan saya kepada ibu-bapanya serta seluruh ahli keluarganya!
keempat- dia memiliki sifat seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. saya amat tersentuh di situ.. sejak dulu saya mengimpikan ada seorang abang seperti itu. terima kasih tuhan.
kelima- dia menghiburkan saya. tanpa jemu.
[#6] Bila tarikh anda couple?
maaf, tiada tarikh yang spesifik.
seperti yang saya maklumkan di atas, kami baru mengenali antara satu sama lain lalu dia sudah membawa saya pulang ke rumahnya untuk berkenal-kenalan dengan ahli keluarganya yang lain.
kami membuat keputusan tidak ber couple. *kelip-kelip mata.
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
semasa hangat bercinta yang pahit pun terasa manis. betul tak? saya cuba fikir-fikirkan apa yang pahit ya?
oh, dia sering meninggalkan saya bila dia sedang dalam operasi. pergi tanpa khabar berita selama beberapa hari.
memang pahit!
[#8] Lagu tema cinta anda?
lagu cinta lagu jiwa - mawi dan haliza af. hu hu hu.
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda
saya menerima dia seadanya.
namun, saya sering berdoa supaya dia dapat memperbaiki kelemahannya dan berusaha untuk menjadi lebih baik. bukan kerana saya, tapi biarlah dia berubah demi diri dan keluarganya.
eh, saya harap dia dapat berhenti merokok!
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
kamu yang sedang membaca, saya sedang tag kamu ni.
p/s: saya mengambil masa separuh hari untuk menyiapkan tag ini.
xoxo,
1 comments:
saye curik tag kamu..coz i dun hv any idea to write..huhu..
Post a Comment